Thursday, 25 August 2022

TEMUDUGA : GURU TUISYEN


Hello SiManis. Di sini ni aku mau kongsi pengalaman ku di temuduga kerja sebagai Guru Tuisyen. Aku kongsi ni sebab mau bantu kamu yang nda pernah ada pengalaman mengajar, tapi mau jadi guru Tuisyen, macam aku nii.. Jadi baca sampai habis okay, buat persiapan kalau kamu betul-betul mau jadi Guru Tuisyen. 

Pertama sekali, time masuk ke pusat tuisyen tu, aku bagi salam laa dengan kerani yang ada di meja depan pintu tu kan and aku bagitau dia tujuan aku datang situ, dipanggil temuduga. Trus kerani tu bagi aku borang untuk di isi. Dalam borang tu adalaa di suruh isi butir peribadi kita, terus senarai subjek yang kita berminat untuk mengajar. Selesai isi borang, tunggu punya tunggu, aku pun di panggil lah masuk ke dalam ruangan temudugaa... 

Nah, awal temuduga tu, Cikgu tu bilang macam ni "okay saya akan soal dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris, So, kamu kena jawab ikut bahasa ya". Aku pun iyakan ja laa.. neves juga takut tesasul-sasul kan campur bahasa. Lanjut... soalan petama aku kena tanya ialah, perkenalkan diri dan keluarga. Ni yang buat aku blur time tu, kenapa mau perkenalkan keluarga?  Tapi aku jawab ja laa, bagitau nama aku siapa, umur, asal dari mana, and pekerjaan beliau ku. Trus di tanya lagi pasal adik beradik, ainaa adik beradik ku ramai. Dii suruh juga kasitau satu-satu kerja di mana belajar di mana. Nda tau apa kaitan adik beradik dengan pekerjaan kita? Tapi ni mungkin untuk hilangkan neves kali kan sebab jadi macam bercerita baa.. 
    
Habis sudah cerita latar belakang keluarga, di tanya lagi pasal latar belakang pendidikan & pengalaman kerja. Yang ni common la kan, mana-mana temuduga mesti di tanya ni walaupun sudah ada dalam resume. Masa ni la kamu ceritakan kelebihan kamu masa belajar dulu and apa yang kamu dapat pelajari daripada pengalaman kerja yang sebelum-sebelumnya. 

Lepas 3 benda tu.. baru lah di tanya pasal yang berkaitan dengan jawatan yang saya mohon, iaitu Guru Tusiyen. Soalan-soalan penting ni mungkin untuk menilai diri kita la kan berpotensi atau tidak untuk jadi seorang guru yang baik dan membawa kemajuan kepada pelajar serta pusat tuisyen tu sendiri. Jadiiii, make sure jawapan kamu bagus-bagus lah yaa. Ni aku senaraikan ja laa soalan-soalannya yaa. Jadi kamu boleh siapkan diri dengan soalan-soalan ni nanti. 

1. Kenapa mau jadi cikgu?
2. Menurut kamu, seorang cikgu yang baik dan cemerlang macam mana?
3. Cikgu yang tidak baik dan bermalasah tu pulak macam mana?
4. Jika anda jadi pengurus tuisyen, apa yang akan anda lakukan supaya pusat tuisyen anda berjaya membantu pelajar dan berprestasi?

Selesai sudah tanya-tanya, benda wajib semasa temuduga untuk jadi Guru ialah Mock Teaching. Masa tu aku di suruh Mock Teaching selama 5 minit. Jadi, sebelum datang temuduga ni kan, kamu kena lah practice mengajar di rumah, cari bahan untuk kamu mengajar supaya nanti nda la kaku time mock teaching kan. Tapi kalau kamu nda ada bahan and sejenis yang otak lancar, spontan, tenang.. ada banyak buku rujukan juga tu di pusat tuisyen tu. Jadi kamu boleh pakai mana-mana buku dan mula lah mengajar selama 5 minit di depan cikgu tu. 

Akhir sekali, ni daripada pengalaman ku temuduga di beberapa tempat, MESTI di tanya, ada apa-apa soalan? Nah kalau di tanya macam ni, jangan kamu tanya pasal gaji pulak yaa.. kamu tanya laa benda lain. Contoh, yang aku tanya waktu tu.. acah-acah juga ni wkwkwk.. Aku tanya konon, "nanti kalau saya diterima kerja, bolehkah saya contact mana-mana cikgu senior yang ada di sini berkaitan bahan yang saya sediakan untuk mengajar? Untuk minta kepastian daripada dorg samaada bahan saya ni betul dan boleh digunapakai untuk mengajar.". lepas tu ada juga aku tanya pasal latihan. Aku bilang camni "Tapi cikgu saya ni kan tiada pengalaman mengajar, jadi nanti adakah latihan untuk mengajar disini?" and alhamdulillah dua-dua soalan ku tu dapat jawapan positif. Lepas tu selesai laa temuduga. 

Oh ya, kata-kata akhir sebelum aku keluar dari bilik temuduga tu, dicakap laa nanti dorang akan proses dalam masa seminggu dua baru saya akan dibagitau tentang keputusan temuduga. Dannnnn Alhamdulillah, beberapa hari ja lepas tu, saya dapat panggilan dan diterima kerja. 
 

Sunday, 7 April 2019

Kekurangan dalam Persahabatan???


Sahabat ? Menurut kamu, apa itu sahabat ? 

Bagiku, sahabat adalah teman mahupun kawan yang rapat dengan kita,
yang tersimpan di dalam hati kita.  

Sahabat, 
yang menyanyangi kita seperti keluarga, 
yang sanggup berkongsi suka duka dengan kita. 

Sahabat,
yang meluang masa bersama kita, 
yang juga sanggup bersusah payah bersama kita. 

Tetapi, apa kamu pernah mempunyai sahabat yang sempurna ? 
yang sentiasa menyenangkan hatimu, dan tak pernah menyakitimu ? 

Sesungguhnya, tiada manusia yang sempurna.
Begitu juga dengan sahabat.
Meski kita begitu rapat,
pasti ada hati yang terluka.

Sahabat itu  
tidak semua boleh menghibur, 
tidak semua boleh menegur,
tidak semua boleh memahami,
tidak semua boleh menemani,

Yang pasti,
Jika namanya sahabat,
akan selalu menyayangi, 
dan sentiasa mengingati,
serta mengambil peduli.

kekurangan yang ada, 
dianggap angin yang berlalu.
bergaduh hari ini, becanda di hari esok. 
marah hari ini, esok ketawa lagi. 
tiada dendam yang disimpan.
tetap bersama walau apapun.


Backpack to Australia