Sabah,
Negeri di Bawah Bayu.
Negeri yang kaya dengan kepelbagaian etnik,
dan pelbagai tempat kunjungan yang menarik.
Juga kaya dengan pelbagai makanan unik.
Dan karya serta kraftangan yang cantik.
Kota Kinabalu,
Ibu kota yang agak pesat,
Sebuah bandar di tepi laut,
Tumpuan utama semua pelawat.
Di sini,
aku bukanlah mahu berpuisi,
mahupun berpantun atau bersajak.
Di entri ini, Aku cuma mahu kongsikan tempat menarik di Sabah.
Negeri di Bawah Bayu.
Negeri yang kaya dengan kepelbagaian etnik,
dan pelbagai tempat kunjungan yang menarik.
Juga kaya dengan pelbagai makanan unik.
Dan karya serta kraftangan yang cantik.
Kota Kinabalu,
Ibu kota yang agak pesat,
Sebuah bandar di tepi laut,
Tumpuan utama semua pelawat.
Di sini,
aku bukanlah mahu berpuisi,
mahupun berpantun atau bersajak.
Di entri ini, Aku cuma mahu kongsikan tempat menarik di Sabah.
Tempat Penginapan di Pusat Bandar Kota Kinabalu
Ini ada beberapa hotel penginapan yang terdapat di pusat bandar Kota Kinabalu (KK), you better stay in this hotels if you want to walk around the city without transport.1. Promenade Hotel
Hotel ni terletak di kawasan tumpuan pelancong di KK dan berhadapan dengan Stesen Bas. Jadi, kalau kamu mau jalan-jalan keliling bandar KK, boleh ke Stesen Bas dan menaiki City Bus. Menariknya, hotel ni betul-betul berhadapan dengan Anjung Selera, barisan kedai makan. Senanglah nak keluar kalau lapar tengah malam atau malas nak jalan jauh.
2. Le' Meridien Hotel
Hotel Le'Meridian ni salah satu hotel 5 bintang di KK. Hotel ni sebaris jugak dengan Promenade Hotel tapi agak jauh sedikit. Pasar Kraftangan KK betul-betul terletak di hadapan hotel ni. Senanglah kalau nak beli ole-ole nanti. Nak cari makan pun senang di tempat ni. Sebab ia terletak di pusat tumpuan pelancongan di bandar KK.
3. Marina Court Homestay
Homestay ni bersebelahan je dengan Hotel Promenade. Kalau korang datang bercuti dengan keluarga ataupun rombongan dan teringin menyewa rumah untuk beberapa hari, bolehlah tengok tempat ni. Lokasi homestay ni pun sangat bagus sebab dekat dengan banyak tempat menarik di bandar KK. Senang nak jalan kaki dan menikmati suasana malam di bandar KK.
4. JK Capsule Hostel
Yang ni Capsule Room sesuai sangat untuk lone traveller atau Backpacker yang suka tidur sendirian. Kalau datang melancong ramai-ramai dan mau rasa tidur dalam kapsul yang berlampu dan dingin macam ni pun boleh ja. Bila lagii mau tidur dalam kapsul kan.. Pengalaman bah tuuu hehehe. Lokasi dia pun dekat dengan Imago Shopping Mall, di tengah bnadaraya KK.
So, itulah antara tempat penginapan yang terkenal di Kota Kinabalu. Selain itu, banyak lagi tempat penginapan yang ada di sekitar pusat bandar Kota Kinabalu tu. Boleh google untuk tau lebih banyak ok.. Tapi, pastikan kalau mau cari tempat penginapan tu, carilah yang dekat dengan pusat bandar supaya senang untuk berjalan kaki atau berjalan-jalan di bandar waktu malam. Contohnya, cari yang berdekatan dengan Imago Shopping Mall, CentrePoint Sabah, Suria Sabah, dan Kampung Air. Kalau yang dekat 1Borneo tu, di sana cuma ada satu shopping mall dan tempat tu sangat jauh dari pusat bandar Kota Kinabalu. I'm saying this because I heard some traveller came to visit KK but booked a cheap hotel near 1B then they couldn't enjoy more time in KK.
Next, lepas dah dapat tempat penginapan, mesti lah mau jalan-jalan di bandaraya Kota Kinabalu kan. So, dekat pusat bandar tu ada macam-macam aktiviti boleh buat.
No comments:
Post a Comment