Kembara si Kembar



Kembara si Kembar

Ringkasan Cerita
Hana & Hani dilahirkan pada tahun 1996 dan mula mengikuti haluan hidup masing-masing pada tahun 2016. Mereka yang ingin mengembara dan hidup berdikari, suka berjalan sendirian, dan tidak berapa suka bergaul, keluar daripada kepompong hidup mereka di Pekan Keningau, menjalani hidup jauh dari keluarga, demi mengejar cita dan impian.

Cita-cita mereka yang sungguh abstract, ingin berjaya hingga mampu memiliki perusahaan sendiri dan menjayakan perusahaan impian mereka. Hana mengimpikan Complete Creative Stationery dan Hani mengimpikan Mini Café Library.

Dan impian mereka, menjelajah dan melihat keindahan dunia. Lalu pulang membawa kesenangan kepada ibubapa dan adik-beradik mereka.

Pengembaraan mereka bermula dengan usaha untuk melanjutkan pelajaran, di mana mereka bekerja setelah tamat STPM dan mengumpul duit sendiri. Hana mencari rezeki ke tanah Semenanjung Malaysia manakala Hani yang membawa maksud rezeki, menginjakkan kaki di Kota Kinabalu demi senilai ringgit.

Dengan pengalaman kerja yang berbeza, Hana dan Hani mula mengenal dunia dan perwatakan manusia yang bermuka-muka, tidak kurang juga para jejaka yang mencuba untuk menambat hati si kembar.

Cerita mereka tidak habis di situ. Tiba masaya mereka melanjutkan pelajaran dan menginjakkan kaki ke Menara gading sebagai mahasiswi universiti. Setelah 4 tahun berada dalam kelas yang sama, mempelajari bidang yang dipinta oleh keluarga, mereka akhirnya memilih bidang yang di universiti.
Dapatkah si Kembar mencapai cita-cita mereka? Bagaimana pula dengan kisah cinta mereka?

Kembara si Kembar..
Sebuah cerita yang akan memberikan motivasi kepada remaja di luar sana yang sukakan pengembaraan dan bercita-cita tinggi dan seringkali jatuh bangun dalam menjalani kehidupan.

Watak Hana & Hani berdasarkan nama mereka;

Hana Nabhila membawa maksud kasih sayang, kebahagaiaan (rezeki tanpa kepayahan), Cantik, Mulia, dan Cerdik. Hana cantik dan ayu tetapi perwatakannya yang kelihatan garang membuat orang takut untuk mendekatinya. Namun, dia sering digemari orang yang lebih tua kerana kecerdikan dan kesopanannya. Akan tetapi, di sebalik wajah cantik yang garang, Hana seorang yang sangat penyayang dan lembut hati. Oleh itu, dia lebih kerap mengalah dan mudah berputus asa… kehidupannya sering berputar 360 dalam jangka masa yang cepat atau singkat. Hana juga seorang yang agak tertutup dan suka memendam hal nya sendiri.

Hani Nadhila pula membawa maksud Yang mengucapkan selamat, rezeki dan pejuang. Hani sering dikatakan comel dengan senyuman yang manis, watak ceria dan manja membuatkan orang lebih senang untuk mendekatinya. Namun, sebaliknya, dia adalah seorang yang sangat degil, kuat semangat dan selalu positif. Dia selalu mencemburui Hana kerana disukai orang tua dan anak kecil. Oleh itu, dia sedikit aktif untuk meraih perhatian orang sekelilingnya dengan wataknya yang ceria. Meskipun terlihat kurang matang, Hani seorang yang sangat memahami dan suka mendengar masalah orang lain. Dia bersikap lebih terbuka dan menerima apa jua yang datang dalam hidupnya. Roda kehidupannya agak stabil berbanding Hana, di mana dia serign berasa di atas atau di bawah pada tempoh yang lama.

Hana cantik Hani comel, Hana garang Hani ceria, Hana penyayang Hani samseng, perbezaan yang sering disuarakan untuk si kembar.


https://onibani.blogspot.com/2019/01/kembara-si-kembar.html 

No comments:

Post a Comment

Backpack to Australia