Sunday, 30 December 2018

Rindu Ajnabi?


“Simpan Ajnabi dalam hati, 
tu yang hati cepat mati”

Astagfirullah al adzim.
Pernah tak?
Kamu merasa bahwa kamu rindu dia.
Kamu ingin sekali menghubungi dia.
Tapi,
Saat kamu cuba menghubunginya,
Kamu rasa bersalah dan berdosa.
Kerana dia, seorang ajnabi.
Kerana dia, seseorang yang agak mustahil untuk menjadi jodoh kamu.
Lantas, kamu bingung.
Untuk menyampaikan rindu itu.
Dan kamu istighfar lagi.

Astagfirullah al adzim.

Lalu kamu bingung lagi.
Kerna kamu memikirkan dia.
Kerna kamu merindui dia.
Lalu jemari kamu mula menaip.
Menyusun kata untuk menghubungi dia.

Tapi,
Kamu fikir lagi.
Untuk apa ?
Dia itu ajnabi untuk kamu.
Lantas kamu bingung lagi.
Kamu istighfar lagi.

Tapi kamu bingung.
Dan terus bingung.

Kerna kamu rindu,
Tapi tidak mampu menyatakannya.

Kerna kamu rindu,
Tapi tidak mampu menyampaikannya.

Lalu,
Kamu istighfar lagi.
Dan berdoa kepada Allah.

“Ya Allah, aku rindu dia. Aku mohon ya Allah, jika dia jodohku, permudahkanlah urusan kami. Pertemukanlah kami untuk dihalalkan dan mencegah diri daripada segala bentuk kemaksiatan. Tapi, jika dia bukan jodohku, maka berilah aku kekuatan untuk tidak terus melayani bisikan rindu ini. Jika dia bukan jodohku, maka hilangkanlah perasaan ini terhadapnya. Dan berilah hamba kekuatan untuk tidak tergoda dengan bisikan syaitan yang direjam, berilah hamba kekuatan untuk tidak menyimpan ajnabi dalam hati ini. Amiin ya Rabb.”

Lalu kamu istighfar lagi.

Astagfirullah al adzim.. Astaghfirullah al adzim.. Astaghfirullah al adzim.

Lalu kamu memadam kata-kata yang telah kamu taip,
Untuk dikirim kepada dia.
Tapi, kamu bingung lagi.
Kerna kamu rindu dia.
Kamu ingin sekali menghubungi dia.

Istighfar.. istighfar..

Kamu tutup mata kamu.

Lalu,

Perasaan rindu itu terbiar.

Rindu yang dibuang.

Kerna dia, seorang ajnabi.

Dan kamu memilih untuk berhenti.

Berhenti memikirkan dia.

Tapi, itu payah.

Saturday, 22 December 2018

Missing Stranger

Sunset view near Beach Cafe, Universiti Malaysia Sabah. (2018) Taken by sueani96@gmail.com
I don’t know why?
I don’t even know you!
I mean,
I haven’t met you in person!
But why?
Why do I care about you?
Why should I care?
Why?
I don’t know who are you!



We just met, Through socmed ?!?!
So why do I have this feeling?
This feeling of,
I don’t know!
I don’t know how to explain it!!!
Oh shit.
I shouldn’t care !
I shouldn’t think about you !!!

Monday, 17 December 2018

Sabar atau Ego?

Sunset view at UMSKAL Beach, (2017) by sueani96@gmail.com

Aku keliru,
antara sabar dan ego,
dalam diamku.

Sabar menunggu sesuatu jawapan,
dan tidak melakukan sebarang tindakan.

ataupun,

Ego kerana malu bertindak,
dan takut untuk ditolak?

Intinya,
Diamku bukan kerana malas.
Diamku itu kerana fikiran waras.
Yang tidak melulu bertindak balas.

Tapi,

Aku keliru,
antara sabar dan ego,
dalam penantianku.

sabar menerima segala dugaan,
yang mungkin akan menyakitkan,

ataupun,

ego untuk menerima kenyataan,
yang mungkin tidak menyenangkan.

Hakikatnya, Penantian,
yang aku serahkan pada takdir,
yang aku percaya pada ketentuanNya.
bahwa setiap kejadian ada sebabnya.
Baik pengajaran mahupun balasan.





Monday, 10 December 2018

Personalitiku

Sunset View at UMSKAL Green Beach, (2018) by sueani96@gmail.com


Personaliti.
Setiap orang berbeza personaliti.
Adapun individu itu mempunyai lebih daripada satu personaliti. 
Baik ringkas dan mudah difahami,
Mahupun sulit dan sukar difahami.
Adapun manusia yang berpendirian teguh.
Yang tetap tegas mempertahankan kehendaknya.
Namun ada juga yang kurang berpendirian.
Yang sering celaru dan keliru!

Dan aku,
Cuma manusia biasa yang sedikit rumit.
Yang mengimpikan kesempurnaan,
Namun banyak kecacatan.
Yang cuba menerima dan menjaga,
Lalu bertindak bila terancam.

Di suatu masa,
Aku seorang yang sangat tertutup.
Tapi,
Di masa yang lainnya,
Aku seorang yang sangat terbuka.
Tidak hairanlah,
Seseorang boleh saja bingung denganku.
Ya, kerana pada awalnya,
Aku cuba menjaga hati.
Namun, bila terus dipijak,
Aku akan mula bersuara.
Dan di situ,
Seseorang itu akan melihat personalitiku yang berbeza. 

Seorang yang lembut dan penyabar.
Menjadi seorang yang bengis dan pembenci. 

Backpack to Australia