Sunset View at UMSKAL Green Beach, (2018) by sueani96@gmail.com |
Personaliti.
Setiap orang berbeza personaliti.
Adapun individu itu mempunyai lebih daripada satu personaliti.
Baik ringkas dan mudah difahami,
Mahupun sulit dan sukar difahami.
Adapun manusia yang berpendirian teguh.
Yang tetap tegas mempertahankan kehendaknya.
Namun ada juga yang kurang berpendirian.
Yang sering celaru dan keliru!
Dan aku,
Cuma manusia biasa yang sedikit rumit.
Yang mengimpikan kesempurnaan,
Namun banyak kecacatan.
Yang cuba menerima dan menjaga,
Lalu bertindak bila terancam.
Di suatu masa,
Aku seorang yang sangat tertutup.
Tapi,
Di masa yang lainnya,
Aku seorang yang sangat terbuka.
Tidak hairanlah,
Seseorang boleh saja bingung denganku.
Ya, kerana pada awalnya,
Aku cuba menjaga hati.
Namun, bila terus dipijak,
Aku akan mula bersuara.
Dan di situ,
Seseorang itu akan melihat personalitiku yang berbeza.
Seorang yang lembut dan penyabar.
Menjadi seorang yang bengis dan pembenci.
No comments:
Post a Comment