Sunset view at UMSKAL Beach, (2017) by sueani96@gmail.com |
Aku keliru,
antara sabar dan ego,
dalam diamku.
Sabar menunggu sesuatu jawapan,
dan tidak melakukan sebarang tindakan.
ataupun,
Ego kerana malu bertindak,
dan takut untuk ditolak?
Intinya,
Diamku bukan kerana malas.
Diamku itu kerana fikiran waras.
Yang tidak melulu bertindak balas.
Tapi,
Aku keliru,
antara sabar dan ego,
dalam penantianku.
sabar menerima segala dugaan,
yang mungkin akan menyakitkan,
ataupun,
ego untuk menerima kenyataan,
yang mungkin tidak menyenangkan.
Hakikatnya, Penantian,
yang aku serahkan pada takdir,
yang aku percaya pada ketentuanNya.
bahwa setiap kejadian ada sebabnya.
Baik pengajaran mahupun balasan.
No comments:
Post a Comment